Sabtu, 17 November 2007

Fwd: ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, zam mad <zammmad@...> wrote:

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu
hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah
berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid
Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan
menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat
bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak
panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W
pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud
: "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara,
dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua
perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia
tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang
berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku
ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam
(seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh
s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah
S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku
tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka
(peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi
permohonanku telah tidak diperkenankan (telah
ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam
sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang
Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk
tangan dari belakang, apakah ini cantik kita
melihatnya ?