Khutbah wida' oleh Rasulullah s.a.w
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini
dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini
pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas
segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala
urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara
kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk
diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu
hari untuk dipertanggungjawabk an di atas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar
dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada
lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir
agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku
dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu... "
semoga kita semua tergolong dalam umat islam yg beriman kepadaNYA dan
utusanNYA yg amat mulia akhlaknya..ya Rasulullah sesungguhnya kami
merinduimu,berilah kami syafaatmu di mahsyar kelak,,kamilah
umatmu..insyaALLAH ameen YA RABBAL 'ALAMIN
__,_.._,___