Latihan Sirah Sahabiat
(Merujuk kepada tokoh-tokoh sahabiat, Nusaibah, Ummu Sulaim dan lain-
lain sebagaimana yang termaktub dalam The Sahabiyat karangan Jameelah
Jones)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Bahagian A (9 markah)
1. Yang manakah antara berikut merupakah anak Rasulullah s.a.w.?
A. Asma'.
B. Zainab.
C. Nusaibah.
D. Nabihah.
2. Beliau merupakah syahid pertama sewaktu zaman Nabi s.a.w.
A.Fatimah
B. Safiyyah.
C.Sumayyah.
D.Ruqayyah.
3. Nama kunyah Nusaibah.
A. Ummu Zaid
B.Ummu Aiman.
C.Ummu 'Imarah.
D.Ummu 'Athirah.
4. Di antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai
Nusaibah?
1.. Anak kepada Ka'ab ibn 'Auf.
2.. Angkat bai'ah Ridhwan..
3.. Angkat bai'ah'Aqabah pertama.
4.. Menyertai perang Uhud dan Yamamah.
5. Asma' melahirkan bayi pertama selepas hijrah. Siapakah bayi
tersebut?
A. Hasan bin Ali.
B.Abdullah bin Umar.
C. Marwan ibn Malik.
D.Abdullah ibn Zubair.
Soalan 6 dan 7 berdasarkan petikan kisah berikut.
X kematian anak sewaktu suaminya dalam pemusafiran jihad. X
bagaimanapun enggan ahli-ahli keluarga yang lain memberitahu hal
tersebut kepada suami melainkan dialah orang pertama yang akan
mengkhabarkannya. Bila suaminya pulang, X menghias diri sebaik
mungkin di samping menjamu dengan makan minum dan lalu bersama
suaminya. Selepas itu, X memberitahu suaminya Abu Talhah, "Abu Talha,
kalau seseorang pinjamkan barangnya kepada satu keluarga dan dia
minta balik barang tersebut, adakah dia tak berhak mendapatkannya
balik?" Balas Abu Talhah, "tidak." X berkata, "saya ingin memberitahu
mengenai kematian anak lelaki abang." Abu Talhah kurang puas hati,
lalu dia menemui Rasulullah s.a.w. Dipendekkan certa, nabi bersabda
dengan maksud, "moga Allah merahmati kamu berdua dan malam yang telah
kamu lalui itu."
6. Siapakah nama sahabiat X sebagaimana yang terdapat dalam petikan
kisah di atas?
A. 'Atikah.
B. Ruqayyah.
C. Ummu Sulaim D. Ummu
Salamah.
7. Berikut adalah pengajaran yang mungkin bagi petikan kisah di atas
kecuali...
1.. Isteri dikehendaki melayan suaminya dengan baik.
2.. Sahabat rujuk Rasulullah s.a.w. mengenai urusan rumahtangganya.
3.. Bila suami pulang dari tempat yang jauh, isteri wajib menggauli
suaminya.
4.. Tidak salah menangguhkah khabar duka sehingga suami berada
dalam keadaan tenang .
Abdul Muttalib
8. I
Hamzah
Abu Talib
Abdullah
Zubair
III
II
IV
Uthman ibn 'Affan
Al-'Awwam
Muhammad s.a.w.
Catatan: I isteri kepada Al-'Awwam, II isteri kepada Muhammad
s.a.w., III isteri kepada Zubair dan IV isteri kepada Uthman.
Berdasarkan carta di atas, isikan petak-petak I, II, III dan IV
mengikut turutannya .
1.. Ruqayyah, Khadijah, Safiyyah, Atikah.
2.. Safiyyah, Khadijah, Atikah, Ruqayyah.
3.. Atikah, Khadijah, Safiyyah, Ruqayyah.
4.. Atikah, Khadijah, Ruqayyah, Safiyyah.
9. Yang manakah di antara pasangan berikut adalah benar?
Tokoh
Deskripsi
i.
Nusaibah Habib, anaknya syahid di medan Uhud
ii.
Atikah bint Nafil Dikenali sebagai Zaujah asy-Syuhada'
iii
Sumayyah Salah seorang daripada 10 muslim pertama
iv.
Asma' bint Abu Bakar 10 tahun lebih tua daripada Aisyah r.a.
A. i dan iv sahaja.
B. i dan iii sahaja.
C. i, ii dan iii sahaja.
D. i, ii, iii dan iv.
Bahagian B (11 markah)
Sila tandakan R untuk penyataan yang betul dan tandakan S untuk
penyataan yang salah.
1. Ruqayyah r.a.
mengahwini anak Abu Lahab sebelum mengahwini 'Uthman ibn 'Affan r.a..
2. Ummu Sulaim r.a.
merupakan emak kepada Anas bin Malik r.a.
3. Zainab dan Ruqayyah
r.a. merupakan puteri-puteri Rasulullah s.a.w. daripada sebelah
Aisyah r.a.
4. Ummu Salamah r.a.
sudahpun pindah ke Madinah dari Mekah sebelum Hijrah lagi.
5. Aisyah bint Abu Bakar
dikenali sebagai 'orang yang memiliki dua tali pinggang'.
6. Suami pertama Nusaibah
mati syahid di medan Badar.
7. Dia seorang penyair
tersohor wanita pada zamannya. Sewaktu saudara lelakinya, Hamzah
syahid, dia mengarang puisi khas buat penghulu syuhada' itu. Dia emak
saudara Nabi Muhammad s.a.w. Dia ialah Safiyyah bint Abdul Muttalib.
8. Dia menyertai medan
Yamamah untuk memerangi nabi palsu, Musailamatul-Kazzab. Kehebatan
dan ketangkasan beliau menyebabkan Rasulullah s.a.w bersabda dengan
maksud, "aku melihat semuanya merujuk kepada lelaki dan aku tak
melihat satu pun (ayat) yang menyebut tentang wanita." Lantas,
turunlah ayat ke-35 surah al-Ahzab dengan maksud, "Untuk muslimin dan
muslimat, mukminin dan mukminat..." Dia ialah Ummu Sulaim bint Milhan.
9. Dia turut berhijrah ke
Habsyah sebelum berhijrah ke Madinah. Suami beliau bergelar Zun-
Nurain. Dia ialah Ruqayyah bint Muhammad.
10. Dia merupakan salah
seorang wanita tercantik Quraisy. Pernah menjadi menantu Abu Bakar as-
Sidiq. Atas permintaan Abu Bakar, dia diceraikan oleh Abdul Rahman
bin Abu Bakar tetapi kemudian dirujuk semula. Dia ialah Atikah bint
Nafil.
11. Selepas kematian suami
yang syahid di medan Badar, dia menghawini Rasulullah s.a.w. selepas
menolak lamaran Abu Bakar dan Umar. Dia menjadi penasihat nabi
sewaktu Hudaibiyah. Dia menyertai Khaibar dan makamnya di Baqi'. Dia
ialah Ummu Salamah.
--- End forwarded message ---