Sabtu, 17 November 2007

Fwd: Re: [Renungan_Iktibar] Larangan Rasullulah

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, shah dun <uusfan@...> wrote:
Meminta Izin sebanyak tiga kali

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Aku berada di dalam majlis orang-orang Ansar di Madinah. Tiba-tiba
Abu Musa datang dengan ketakutan. Kami bertanya: Kenapa dengan
engkau? Abu Musa menjawab: Sesungguhnya Umar menyuruhku supaya datang
kepadanya. Aku pun datang, setelah berada di hadapan pintunya, aku
memberi salam sebanyak tiga kali, tetapi tidak ada jawapan, lalu aku
pun pulang, tetapi setelah aku berjumpa lagi dengannya beliau
bertanya: Apakah yang menghalangimu datang kepadaku? Beliau menjawab:
Aku telah datang kepadamu, aku memberi salam tiga kali di hadapan
pintumu. Setelah tidak ada jawapan aku pun terus pulang. Berdasarkan
peristiwa tersebut, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang
di antara kamu minta izin tiga kali kemudian tidak mendapat
jawapannya, maka hendaklah beliau pulang


Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a:
Abu Musa telah datang menemui Umar bin Al-Khattab lalu mengucapkan:
Assalamualaikum, ini Abdullah bin Qais. Tetapi tidak ada jawapan,
maka sekali lagi beliau mengucapkan: Assalamualaikum, ini Abu Musa,
Assalamualaikum, ini Al-Asy'ariy. Kemudian beliau beredar untuk
pulang, tiba-tiba Umar muncul dan berkata: Datanglah dahulu,
datanglah dahulu. Setelah Abu Musa datang, Umar bertanya: Wahai Abu
Musa! Mengapa engkau cepat sangat hendak pulang? Kami sedang
melakukan suatu pekerjaan. Abu Musa berkata: Aku pernah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: Minta izin itu tiga kali. Jika engkau
mendapat izin, maka engkau boleh masuk. Tetapi, jikalau tidak
mendapat izin, maka pulanglah
Makruh Menjawab Aku Bagi Pengunjung Apabila Ditanya Kepadanya Siapa
Ini?


Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Aku datang kepada Nabi s.a.w lalu memanggil baginda. Nabi s.a.w
bertanya: Siapa ini? Aku menjawab: Aku. Maka Nabi s.a.w pun keluar
seraya berucap: Aku, aku


Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki telah mengintip pada lubang pintu rumah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu Rasulullah s.a.w membawa sikat yang
baginda guna untuk menggaru kepala. Manakala Rasulullah s.a.w melihat
orang itu, baginda bersabda: Seandainya aku tahu engkau memandangku,
tentu aku masukkan sikat ini ke dalam matamu. Rasulullah s.a.w juga
bersabda: Sesungguhnya meminta izin itu telah disyariatkan hanyalah
kerana alasan penglihatan
Haram memandang kerumah orang lain

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya seseorang telah mengintai pada salah satu bilik Nabi
s.a.w. Lalu Nabi s.a.w menghampirinya dengan membawa anak panah
bermata lebar dan aku melihat seolah-olah Rasulullah s.a.w mengugut
untuk menikamnya


Hadis Abu Hurairah r.a:
Dari Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesiapa yang menjenguk-jenguk ke
dalam rumah sesuatu kaum tanpa mendapat izin mereka, maka dihalalkan
bagi mereka untuk mencungkil matanya
======================================================================
==============
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -